Act sebelum i nak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi i mean pelajaran macam ni bayi-budak-remaja-dewasa,,,bila dah dewasa dan menjadi wanita kita akan melanjutkan pelajaran ke peringkat lain iaitu tttteeettt **uols mesti tahu**
Sebelum berlangsung hari my destiny tu iols ade la google2 jugak sal itu sal ini contoh:pelamin idaman ku,hiasan bilik pengantin,doorgift,kad kahwin murah tapi cantik,bunga tangan kristal,cara ikatan tudung akad nikah yang superb...ini la antara benda yang aku dok cari dalam sebuah kotak hitam i mean pc laaa.Kalau tengok balik history web2 yang aku cari nak tegelak mak nokss...hahahaha
Tapi tu kan normal mesti korang nak kahwin akan baut benda yang sama dengan i kan...ngaku cepat...ala biasa la tu maklum la orang nak kahwin dia google la benda sal kahwin je ye dok?
Hari itu makin mendekati aku rasa hari bergerak terlalu pantas chewah.Ok back to the topic aku konpius jugak sebenarnya inai tuk kahwin boleh wat corak-corak ke...ke tak boleh.Ada orang cakap boleh asalkan tak ade unsur binatang...macam macam lagi yang aku dengar ade yang cakap tak boleh pakai inai yang lukis-lukis atas tangan tu...so aku pun usha line macam biasa ngan teman sebilik aku cik google mengooglekan diri tentang pemakaian henna @ inai ni....
So aku jumpa website ni which is bagi aku boleh di percayai dan mempercayai http://www.e-fatwa.gov.my/
Meh aku copy pastekan ape yang aku baca kat website e-fatwa ni moh bace
Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
- Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Keputusan (English):
Ruling On Applying Design Henna In Islam
Decision:
The 88th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 2nd October 2009 has discussed the ruling on applying design henna in Islam. The Committee has decided that:
1. Applying henna in both hands and feet is permissible for women, whether for married or non married women as long as it does not open the door to fitna
2. However, the application is limited to wrists and ankles. The colour of henna should not remain permanent as in tattoos and the henna does not contain doubtful ingredients. As for the pattern and design, the permitted designs are leaves and plant designs. Meanwhile, designs of animal, deities or any design contradictory to Islam are prohibited.
3. Application of henna on the both hands and legs of men is not permissible except to a number of fingers of bridegrooms during marriage ceremonies and for medical purpose.
So bile uols baca kat atas ni ape pendapat korang ce share ce share,,,,jum kita tengok ape yang iols dapat dari google uols nilai la sendiri dari picca2 kat bawah ni:
Till then with LOVE :')












































